Saturday 31 March 2012

Pandangan saya tentang 'Mother Tounge Fortnight'

Semasa program ini, saya telah mempelajari banyak tentang Budi dan Bahasa Melayu seperti permainan tradisional Melayu seperti Gasing dan Batu Serembat. Saya juga dapat mencuba aktiviti yang baharu seperti Tarian Zapin dan Gamelan. Saya juga menjumpai kawan-kawan baharu di menengah satu dan menengah tiga.
Pada masa akan datang, saya harap saya boleh menyertai 'Mother Tounge Fornight ' ini dan juga dapat mempelajari lebih tentang Budi Melayu kita.

Friday 24 February 2012

Pengalaman bermain alat muzik tradisional

Ini adalah hari pertama saya bermain alat muzik tradisional seperti kompang, gong dan lain lagi. Saya pernah mendengar alat muzik tradisional ini dimainkan tetapi saya tidak pernah memainkannya. Saya berasa amat seronok apabila bermainnya. Jika ada peluang untuk memasukki pertandingan komapang, gamelan atau dikir barat, saya tentu akan menyertai.

Thursday 23 February 2012

3 Alat Muzik

3 Alat Muzik yang saya pilih ialah kompang, angklung dan rebana.

Kompang ialah alat muik yang paling terkenal antara masyarakat melayu. Kompang berasal dari negeri Arab. Kompang diperbuat daripada kulit kambing, lembu dan kerbau. Kompang ini dipermainkan jika ada perkahwinan, kenduri dan lain lagi. 

Angklung ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada pokok 'bamboo'. Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat; Indonesia. Angklung dipermainkan dalam sebuah kumpulan gamelan semasa dalam pertandingan dan lain lagi.




Rebana ialah alat muzik seperti kompang. Ia diperbuat daripada kulit kambing, lembu dan kerbau. Rebana berasal dari Indonesia. Rebana dipermainkan dalam pertandingan menhasilkan bunyi dan irama seperti dikir barat.
 
Cara bermain alat muzik.

Cara untuk memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan. Salah satu tangan akan memegang kompang itu dan tangan sebelah pula akan memalu kompang tersebut.




Cara angklung pula, kita akan memegang bahagian bawah dan atas angklung itu dan tiub-tiub angklung akan langgar jika kita mengoyangkan angklung itu.



Rebana pula seperti kompang tetapi kita mendirikannya di lantai dan memalu dengan kedua tangan mengikuti irama dan muzik seperti dikir barat.