Thursday 23 February 2012

3 Alat Muzik

3 Alat Muzik yang saya pilih ialah kompang, angklung dan rebana.

Kompang ialah alat muik yang paling terkenal antara masyarakat melayu. Kompang berasal dari negeri Arab. Kompang diperbuat daripada kulit kambing, lembu dan kerbau. Kompang ini dipermainkan jika ada perkahwinan, kenduri dan lain lagi. 

Angklung ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada pokok 'bamboo'. Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat; Indonesia. Angklung dipermainkan dalam sebuah kumpulan gamelan semasa dalam pertandingan dan lain lagi.




Rebana ialah alat muzik seperti kompang. Ia diperbuat daripada kulit kambing, lembu dan kerbau. Rebana berasal dari Indonesia. Rebana dipermainkan dalam pertandingan menhasilkan bunyi dan irama seperti dikir barat.
 
Cara bermain alat muzik.

Cara untuk memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan. Salah satu tangan akan memegang kompang itu dan tangan sebelah pula akan memalu kompang tersebut.




Cara angklung pula, kita akan memegang bahagian bawah dan atas angklung itu dan tiub-tiub angklung akan langgar jika kita mengoyangkan angklung itu.



Rebana pula seperti kompang tetapi kita mendirikannya di lantai dan memalu dengan kedua tangan mengikuti irama dan muzik seperti dikir barat.


No comments:

Post a Comment